header text

header text

PASUKAN KRIS HOSPITAL USM JAYAKAN PROGRAM KPT PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA NEGERI JOHOR

MUAR, JOHOR, 26 Februari 2022 –Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Program 'Outreach' Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) antara yang menggembleng tenaga dalam usaha memberi kefahaman dan kesedaran kepada penduduk luar bandar mengenai penjagaan kesihatan dalam program KPT Prihatin Keluarga Malaysia Negeri Johor.

500fa84b 35ec 4be9 b61e 57fcc75cc361

Menurut Pegawai Perubatan, Unit Terapi Enterostomal, Jabatan Surgeri, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Asyraf Othman, Hospital USM diberi tanggungjawab untuk menyantuni penduduk setempat khususnya penduduk luar bandar dengan memberikan perkhidmatan saringan kesihatan am seperti pemeriksaan glukos dalam darah, pemeriksaan tekanan darah dan pameran kesihatan berkaitan pencucian luka serta penjagaan luka.

3236b825 8ff1 4629 8b04 3ea90db88495

“Selaras dengan konsep program yang berbentuk ‘outreach’, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kesedaran dalam penjagaan luka serta menjaga kesihatan bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti penduduk Malaysia.

“Selain itu, ia juga dilihat sebagai medium untuk merapatkan silaturrahim antara KPT dan agensi-agensi kerajaan yang lain apabila semua dapat berkumpul dalam memberikan khidmat yang terbaik melalui kepakaran masing-masing,” katanya yang mengetuai pasukan daripada Hospital USM dalam program ini.

cc0dd9dc 87d0 410d 803d d53ecc07de5e

Asyraf berkata, bagi pihak Hospital USM, beliau sangat berbesar hati dapat memenuhi jemputan pihak KPT untuk menyertai program ini dan berharap agar diteruskan lagi di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

7f53e777 7bef 45cf a3e0 da6fc83027dd

35c8c6f9 a9c1 4d8d a67c 63a3f5d79fc7

“Program yang berlangsung selama dua hari di Jeti Nelayan Lenga, Kampung Lenga, Bukit Kepung dan Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Dun (JPKD) Bukit Naning ini dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ramai penduduk hadir untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Orang ramai juga diberi taklimat mengenai cara-cara penjagaan dan penyembuhan luka serta kefahaman mengenai kesan buruk apabila tidak merawat luka dengan cara yang betul,” jelas beliau lagi.

Teks & Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005642