header text

header text

200 KIT KEPERLUAN KESIHATAN UNTUK PESAKIT HOSPITAL USM SUMBANGAN MYHEART

Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Jantung Malaysia (MyHeart), Dr. Ahmad Luqman Ahmad Shuhaili bagi penyerahan sumbangan 200 kit keperluan pesakit. Kit berupa susu, keperluan peribadi dan penjagaan kesihatan yang disumbangkan itu akan diagihkan kepada pesakit jantung dan kanser dewasa mahupun kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di Hospital USM.

f6f7a248 9730 494c a65f d40ceb84fbed

Dalam perbincangan ringkas bersama Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria, pihak MyHeart berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Hospital USM dalam membantu pesakit dari segi keperluan perubatan dan perawatan.

6a66ef4b 1c46 4ff2 840a b20c0f21c1f4

Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Dr. Wan Fatihah Wan Sohaimi, Ketua Perkhidmatan Pentadbiran dan Latihan, Unit Klinikal, Dr Tengku Mastura Tengku Mohd, Penyelia Jururawat, Dr. Tan Beng Geok, Pegawai Operasi MyHeart, Nuraini Abdul Rahim serta wakil dari Jabatan Pediatrik dan Jabatan Perubatan, Hospital USM.

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005779