header text

header text

KAKITANGAN KAMPUS KESIHATAN USM JALANI SARINGAN HPV PCR PERCUMA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Februari 2022 -  Seramai 30 orang kakitangan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menjalani ujian saringan 'Human Papillomavirus' (HPV) PCR secara percuma di bawah Program ROSE. 

SAVE 20220220 202557

Ketua Perkhidmatan Pesakit Luar dan Daycare Hospital USM, Dr. Wan Mohd Nazri Wan Zainon berkata, program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada kakitangan USM terutamanya golongan wanita menjalani pemeriksaan awal kanser serviks atau kanser pangkal rahim. 
 
“Ujian saringan HPV merupakan satu kaedah pengesanan utama bagi kanser serviks dan mereka yang didapati memerlukan rawatan susulan akan dirujuk kepada pakar. 
 
SAVE 20220220 202623
 
“Ujian ini dijalankan secara percuma bagi mendorong lebih ramai peserta untuk mengikuti program pada hari ini agar tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat dan kakitangan meningkat kerana pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya. 
 
Sementara itu, salah seorang peserta yang ditemui, Noor Wahida Mustafa menjelaskan, beliau mendapat makluman mengenai ujian saringan HPV ini melalui hebahan emel warga staf USM dan mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan awal agar dapat mengetahui tahap kesihatan berkaitan kanser serviks. 
 
SAVE 20220220 202616
 
“Proses untuk menjalani ujian amat mudah, cepat dan percuma serta keputusan ujian akan dimaklumkan terus melalui telefon bimbit masing-masing. 
 
"Seperti yang semua sedia maklum, kanser serviks adalah salah satu punca utama kematian wanita di seluruh dunia. Jadi, saya rasa sangat rugi sekiranya saya melepaskan peluang untuk membuat ujian saringan HPV pada hari ini,” ujarnya. 
 
SAVE 20220220 202605
 
Program Saringan HPV PCR ini telah dijalankan oleh Yayasan ROSE dan Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) dengan kerjasama Hospital USM. 
 
Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005759