header text

header text

30 KELUARGA PESAKIT KANSER KANAK-KANAK DIRAI SEMPENA HARI KESEDARAN KANSER SEDUNIA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Februari 2022-  Persatuan Anak-anak Kanser (PESONA) dengan kerjasama Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dan USM serta beberapa rakan kerjasama lain telah meraikan 30 keluarga pesakit kanser kanak-kanak sempena Hari Kesedaran Kanser Sedunia 2022 sebagai tanda sokongan moral kepada pesakit kanser kanak-kanak di samping penyerahan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mereka.

b7f089cf 12ab 4eef 946f ca16e3b93ecd

Pemangku Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin hari ini merasmikan dan menyantuni pesakit kanser kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital USM dalam program tersebut.

Menurut Shaharum, Hari Kesedaran Kanser Sedunia disambut secara global pada 4 Februari setiap tahun dan tema sambutan bagi tahun ini ialah ‘Close The Care Gap’.

"Sambutan di seluruh dunia antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kanser serta mendorong mereka supaya lebih peka terhadap aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan awal yang perlu diambil.

f6b3b378 f535 47b2 8f99 c1ad4d080c4d

“Penyakit kanser ini merupakan ujian dan bukanlah pengakhiran, ibu bapa tidak perlu malu dan takut kerana dengan teknologi canggih yang ada sekarang ini mampu memberi harapan kepada penghidap kanser untuk bangkit dan kembali pulih," katanya.

Sementara itu, menurut ibu salah seorang pesakit kanser, Norazliza Hasbullah, beliau terharu kerana pesakit kanser tidak dipinggirkan masyarakat.

"Anak saya Nur Izzara Jannah Muhd Ridzuan berusia empat (4) tahun mula menghidap kanser pada tahun 2021.

"Ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap penyakit kanser jangan mudah berasa kecewa, sebaliknya fokus kepada rawatan anak dengan memberi sepenuh perhatian sekaligus membantu mengurangkan kesakitan yang mereka hadapi," ujarnya.

5fdb71b8 3a46 4b81 a624 5e0515bee315

Aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) turut ditekankan dalam program tersebut di mana peserta yang hadir dihadkan seramai 30 orang dan seorang peneman sahaja untuk setiap pesakit. Semua yang hadir juga perlu menjalani ujian pemeriksaan kendiri terlebih dahulu dan mengemukakan keputusan ujian negatif sebelum dibenarkan mengikuti program itu.

Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh Pengurus Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Nurul Wahida Harun dan Pengerusi PESONA, Wan Shahriza Wan Ab Rahman.

Teks / Foto: R. Alia Fazni Binti R. Azmi

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005703