header text

header text

KENAL DAN KAWAL EMOSI ELAK MUDARAT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Februari 2022 – Emosi adalah salah satu komponen kejadian manusia yang akan bertindak balas kepada keadaan sekeliling dan merupakan satu bentuk manifestasi kepada perasaan dalaman seseorang. 

Pensyarah, Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd Zarawi Mat Noor berkata, seseorang akan menunjukkan emosi melalui luahan dalam perkataan, reaksi muka atau dalam bentuk fizikal bagi menunjukkan emosi sedih, cinta, kecewa, marah dan sebagainya. 
 
SAVE 20220204 184905
 
“Emosi  mempunyai pengaruh besar terhadap tingkah laku dan cara berfikir seseorang mengikut keadaan semasa. 
 
“Terdapat  banyak jenis emosi, namun  ia boleh  dibahagikan kepada dua kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif untuk  senang difahami,” katanya ketika ditemubual dalam segmen Sembang Sihat, Radio Kelantan FM, hari ini. 
 
Tambah Zarawi, antara emosi positif ialah rela, lucu, rasa ingin tahu, kesukaan, rasa cinta dan banyak lagi manakala emosi negatif pula ialah tidak sabar, kebimbangan, marah, rasa cemas dan sebagainya. 
 
“Berdasarkan kajian sebuah syarikat di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 2/3 daripada 200 Ketua Pegawai Eksekutif berjaya adalah berkaitan pengurusan emosi yang betul. 
 
“Terdapat tiga fasa dalam mengurus emosi secara efektif iaitu K-Kenal, R-rawat dan N-nilai ,” katanya lagi.’ 
 
Tambah Zarawi lagi, bagi fasa pertama mengenal emosi, kita perlu tahu status emosi tersebut untuk memudahkan  kita meletakkannya dalam kategori negatif atau positif. 
 
"Sekiranya negatif senanglah untuk meminimum kesan dan jika ianya positif kita perlu kekalkannya," jelasnya. 
 
Zarawi turut menasihatkan semua orang agar lebihkan bertenang supaya kita menjadi lapang dan mudah untuk mengawal emosi sekaligus mengawal emosi marah. 
 
Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Reka grafik : Ahmad Fansuri Salleh
 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005783