HOSPITAL USM – HPU PERTAMA DI MALAYSIA JALANKAN PROSEDUR TAVI

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Mac 2021 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Kardiologi melakar satu lagi sejarah apabila menjadi hospital pengajar universiti (HPU) pertama di Malaysia berjaya menjalankan prosedur penggantian injap jantung tanpa pembedahan terbuka (open heart surgery) yang dikenali sebagai Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI).

eb1ffa1b e4c9 437a 8cda 298bb11ef921

Menurut Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, prosedur TAVI adalah rawatan untuk merawat pesakit yang mengalami injap aortik tersumbat (aortic stenosis) yang  mengakibatkan kemerosotan fungsi injap untuk menyalurkan darah ke seluruh anggota badan.

“Antara simptom penyakit yang lazimnya menyerang warga emas ini termasuk kesukaran bernafas, kerap berasa lesu atau letih, sakit dada dan penyakit ini boleh menyebabkan maut.

“TAVI merupakan prosedur penggantian injap jantung melalui lapisan kulit tanpa memerlukan pembedahan terbuka dan ini memberikan pilihan yang lebih selamat kepada golongan berisiko tinggi ini,” ujarnya.

65b8ab0e a4f3 4ccd 85fa 9e680f83c1c3

Tambah Sukari, prosedur TAVI pertama dijalankan di Hospital USM pada 14 Mac lalu ke atas dua pesakit menggunakan kemudahan teknologi dari India dan mendapat kerjasama Institut Jantung Negara (IJN).

“Pesakit pertama berumur 84 tahun mengalami masalah injap aortik yang serius manakala pesakit kedua berumur 65 tahun turut mengalami masalah yang sama diikuti dengan beberapa masalah kesihatan yang lain. 

“Kejayaan prosedur ini adalah kerjasama pasukan Unit Kardiologi Hospital USM yang diketuai oleh Pakar Perunding Kardiologi yang juga Penyelaras Makmal Kardiologi Hospital USM, Dr W Yus Haniff W Isa dan Profesor Dato’ Dr. Zurkurnai Yusof serta Pakar Perunding Kardiologi IJN, Dr. Shaiful Azmi Yahaya,” jelasnya lagi.

kkk

Beliau berkata, turut membantu dalam melancarkan prosedur TAVI ini ialah Jabatan Kardiotorasik dan Pembedahan Vaskular, Jabatan Radiologi, Jabatan Anaesthesiologi dan syarikat pembekal peralatan, Meril Life Science.

Sukari berharap agar kejayaan itu memberi peluang kepada lebih ramai warga emas untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik selepas menjalani prosedur TAVI.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Unit Kardiologi Hospital USM

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 09 Mei 2021.
Jumlah Pengunjung
2106649