Sambutan Hari Guru

16 Mei 2018 – Sekolah Dalam Hospital (SDH), Hospital USM telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah secara sederhana tetapi meriah. SDH telah ditubuhkan di Hospital USM pada tahun 2012 dan sambutan Hari Guru pada tahun ini merupakan sambutan kali keenam.

Hari guru 1

“Guru Pemacu Tranfomasi Pendidikan" merupakan tema Hari Guru pada tahun ini. Majlis sambutan dimulakan dengan ucapan alu-aluan Penyelia SDH, Teo Seng Hue. Beliau menegaskan bahawa tugas guru pada masa kini semakin mencabar serta memerlukan kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar.

Untuk menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, satu aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru peringkat SDH iaitu pertandingan mewarna, permainan dalaman (congkak dan karom), membuat kolaj dan mencari bakat untuk pelajar-pelajar yang berada di dalam wad. Bagi guru-guru yang bertugas di SDH pula pertandingan gubahan dan lempar gelung turut diadakan.

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 30 November 2022.
Jumlah Pengunjung
3484370