SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2018

 

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH DALAM HOSPITAL HUSM

 

SDH HUSM, KUBANG KERIAN KELANTAN,  30 OGOS 2018 -  Sambutan  Hari Kemerdekaan merupakan satu aktiviti yang dapat  menaikkan semangat patriotik di kalangan murid atau pelajar sekolah. Penganjurannya juga turut memberi info berkaitan kemerdekaan negara kita. Sambutan diadakan setiap tahun di semua sekolah di Malaysia. Oleh itu, pengurusan Sekolah Dalam Hospital, Hospital Universiti Sains Malaysia (SDH HUSM) juga tidak ketinggalan menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan keadaan murid atau pelajar SDH HUSM. Di SDH HUSM sambulan bulan kemerdekaan di laksanakan selama sebulan bermula 1 Ogos 2018 sehingga 30 Ogos 2018 dan dilaksanakan pada PdPc setiap hari Selasa  

Antara objektif Sambutan Hari kemerdekaan di peringkat SDH HUSM adalah untuk menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara selaras dengan tema Bulan Kemerdekaan 2018 iaitu “Sayangi Malaysiaku”. Selain dari itu program ini dapat memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.Program ini juga dapat mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Sambutan Hari kemerdekaan di SDH HUSM juga akan menggalakan kita untuk mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini selain dapat mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-jasa mereka. Dengan itu program ini dapat menguji pengetahuan am para pelajar dan mengetahui serta  menilai kepekaan murid atau pelajar terhadap perkembangan isu semasa negara kita.

    

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini  adalah menggunting dan menampal Jalur Gemilang,  Kuiz Kemerdekaan, Poster Kemerdekaan ,Tayangan video berkaitan tokoh kemerdekaan, Pertandingan nyanyian  dan juga Tokoh Sejarah Negara. Aktiviti ini di jalankan bersama pelajar di wad dan juga di kelas sepanjang bulan kemerdekaan.

 

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 30 November 2022.
Jumlah Pengunjung
3484389