Minggu PSS

SDH HUSM ;

 MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH, SEKOLAH DALAM HOSPITAL HUSM

 

SDH HUSM, KUBANG KERIAN KELANTAN,  23 SEPTEMBER 2018 -  Minggu Pusat Sumber Sekolah ( MPSS) akan diadakan setiap tahun oleh semua sekolah begitu juga dengan Sekolah Dalam Hospital Hospital Universiti Sains Malaysia (SDH HUSM). Pada tahun ini MPSS berlangsung dari 15 hingga 19 Julai 2018 ( Ahad hingga Khamis ). Tema MPSS pada tahun ini ialah Pusat Sumber Jambatan Ilmu. Program ini dilaksanakan sepanjang waktu PdPc sesi pagi dan petang.  

Antara objektif MPSS ialah untuk memperkenalkan kewujudan PSS di SDH HUSM dalam kalangan ibu bapa dan warga Hosp. USM. Selain itu untuk memberi satu pengisian masa secara didik hibur kepada murid di SDH. HUSM.Di samping untuk meningkatkan motivasi dan semangat kepada murid untuk  belajar walaupun berada di hospital, juga untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan SDH HUSM dengan ibu bapa,peneman pesakit, murid SDH dan staf HUSM.

Program ini melibatkan murid-murid, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid SDH HUSM, ibu bapa atau peneman murid,jururawat dan staf HUSM yang berurusan dengan SDH HUSM.

MPSS diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid di hospital tentang kewujudan Pusat Sumber di SDH HUSM. Selain itu untuk memberi kesedaran kepada murid-murid betapa pentingnya ilmu pengetahuan walaupun meraka terlantar di hospital. Justeru itu pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan selama seminggu bersama-sama murid-murid sama ada di wad atau pun di kelas. Aktiviti permainan bahasa “ Menangga Kata “ bertujuan untuk menguji penguasaan kosa kata murid.

Pihak SDH HUSM menyediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang terlibat dengan program MPSS.

Keseluruhannya MPSS Berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid, ibu bapa dan staf – staf wad HUSM.

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Rabu 30 November 2022.
Jumlah Pengunjung
3484315