header text

header text

AKTIVITI PELUPUSAN LINEN

Lupus 1Lupus 2

Pada 29 September 2021, Jawatankuasa Pelupusan Aset dan Barang, Kampus Kesihatan USM telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan pelupusan linen yang tidak boleh digunapakai sebagai linen klinikal dan perlu dilupuskan.

                Sebanyak enam (6) jenis linen seperti cadar pesakit, baju pesakit, sarung pesakit, selimut dan sebagainya diperiksa untuk diperakukan bagi tujuan pelupusan. Kriteria utama linen yang tidak lagi boleh digunapakai untuk tujuan klinikal di hospital ialah :-

  1. Koyak melebihi 3 cm (1”) atau tidak dapat diperbaiki
  2. Linen mempunyai lebih daripada 3 tampalan (Linen Saiz Besar)
  3. Linen mempunyai lebih daripada 1 tampalan (Linen Saiz Kecil)
  4. Linen mempunyai bau yang tidak dapat dihilangkan
  5. Lusuh dan pudar warna
  6. Berkedut – kesan garisan selain dari garis lipatan yang betul
  7. Kotoran yang tidak dapat dihilangkan

Aktiviti ini dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun dan linen akan dilupuskan melalui kaedah pelupusan iaitu ditanam di pusat pelupusan yang sesuai dengan kerjasama daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset, Kampus Kesihatan USM serta pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005740