header text

header text

KARUNG PENGEBUMIAN SPESIMEN

Karung

Bahagian Perkhidmatan Dobi (BPD), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menghasilkan inovasi karung pengebumian spesimen perubatan sejak tahun 2018 . Sehingga kini, sebanyak 20 helai karung pengebumian spesimen telah dihasilkan dan mula digunapakai bagi tujuan pengkebumian spesimen. Penghasilan karung pengebumian spesimen ini adalah melalui kreativiti dan inovasi staf Seksyen Jahitan BPD menggunakan linen terpakai untuk mengisi spesimen perubatan bagi tujuan pengebumian. Penggunaan karung ini akan memudahkan proses penguraian spesimen setelah ditanam berbanding penggunaan plastik sebelum ini.

Idea penghasilan karung ini tercetus ekoran permintaan serta keperluan daripada Unit Pematuhan & Pengurusan Risiko Hospital USM yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan pengebumian spesimen perubatan atau klinikal Hospital USM. Penggunaan linen terpakai bagi menghasilkan karung ini dapat mengoptimumkan sumber yang ada tanpa sebarang implikasi kewangan ke atas peruntukan Hospital USM.

Bagi staf BDP, daya kreativiti dan usaha ke arah penghasilan produk atau proses kerja tidak seharusnya bersandarkan kepada skop yang besar semata-mata. Namun, semangat untuk mencuba melalui aktiviti inovasi ini wajar dihargai dan dicontohi bersama.

 

icon email1icon staficon sdppkt

Hubungi Kami

Hospital Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
16150 Kota Bharu Kelantan.
 

husmQR

Operator: 09-767 3000
No Fax: 09-767 1060
Emel : hospitalusm[at]usm[dot]my

Pautan Luar

MSCMy GovermmentHRMISKementerian Pengajian Tinggi

Hakcipta Terpelihara Hospital Universiti Sains Malaysia. ©2018
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox / Chrome dengan resolusi 1024 x 768 piksel.

  • Kemaskini: Ahad 28 Mei 2023.
Jumlah Pengunjung
4005736