Sejarah BestARi Hospital USM

bestari 01

Antara yang terkini dilakukan di Universiti Sains Malaysia (USM) ialah menerusi penubuhan Pusat Sumber Kanser Payudara di Hospital USM (HUSM) Kampus Kesihatan yang dapat membantu memberi maklumat dan membantu orang ramai.

Menurut Pengarah Kampus Kesihatan USM, Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed, penubuhan Pusat Sumber Kanser Payudara di HUSM adalah langkah yang amat tepat memandangkan ia merupakan pusat sumber pertama seumpamanya di Pantai Timur. “Adalah diharapkan aktiviti yang dilakukan di sini akan memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya mempromosikan kesedaran serta pengesanan awal simptom kanser payudara supaya langkah susulan dapat diambil sebelum terlewat,” kata Mafauzy yang mewakili Naib Canselor USM merasmikan pusat tersebut.

Pusat Sumber Kanser Payudara HUSM yang pertama di Pantai Timur Malaysia ini ditubuhkan melalui kerjasama dengan sebuah syarikat kosmetik terkemuka AVON. AVON telah memberikan dana USD100, kepada HUSM sejak tahun 2000 digunakan untuk menubuhkan Pusat Sumber Kanser Payudara ini menyediakan kelengkapan perubatan termasuk membeli mesin Mammogram, Sistem Ujian Biopsi dan lain-lain. Pemilihan HUSM sebagai Pusat Sumber Kanser Payudara pertama seumpamanya di Pantai Timur berdasarkan keupayaan dan potensi perkhidmatan mamografi HUSM serta fungsinya sebagai hospital tenaga pengajar.

Jabatan Radiologi HUSM juga mempunyai tenaga pakar yang terlatih bagi pemeriksaan mamografi secara digital. “Usahasama dengan AVON yang amat prihatin dengan kesejahteraan wanita melalui konsep ‘caring for bottom billion’ ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran wanita terhadap bahaya kanser payudara,” tambah Mafauzy. Sementara itu, Pengarah HUSM Dr. Zaidun Kamari, berkata Perkhidmatan Mamografi HUSM yang dimulakan pada tahun 2001 menunjukkan peningkatan pesakit daripada 141 kepada 481 pada tahun 2008.

Turut hadir semasa perasmian tersebut ialah Hj. Mansoor Wan Abdullah, Presiden AVON Malaysia, Thailand dan Vietnam. Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan tambahan sebanyak RM10, 000.00 kepada HUSM untuk melengkapkan lagi Pusat Sumber Kanser Payudara dengan bahan bahan bacaan dan sebagainya.

Pada pertengahan tahun 2017, nama PS1 ditukarkan kepada Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestARi). Objektif penubuhan BestARi adalah bagi memperkembangkan perkhidmatan kepada pelanggan yang mempunyai masalah payudara secara global,menjadi pusat penyelidikan berkaitan payudara dan mewujudkan pengkalan data yang lebih saintifik dan sistematik sejajar dengan visi dan misi USM. Selain itu Bestari ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kesihatan payudara melalui pendidikan dan penerbitan.

Contact Us

Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi)
Hospital Universiti Sains Malaysia
No. Tel : 09-767 4056
E-mail : breastcenter@usm.my
 
 
BestARi
Breast Cancer Awareness & Research Unit

Links

Quick Links

Medical Records Unit
Department of Pharmacy
Staff Directory System
Department of Safety Zone Hospital USM

 

Internal Links

Main Campus
Health Campus
Engineering Campus
Advanced Medical & Dental Institute

Government Links

Logo MoHE 131x100 Blacklogo soaring upwards and new arrow OUTLINEmsc logo 250x190imagesMQA

Related Links

AVONmakna2CANCER RESEARCHLPPKN

IMR Malaysia

NCSM

434867
  • Last Updated on 22 September 2022, 04:01:51.