UJIAN DARAH DAN KANSER PAYUDARA ANTARA PENGISIAN PROGRAM KRIS DI PULAU PERHENTIAN, 01 September 2022 (Khamis) - Penduduk di Pulau Perhentian berpeluang menjalani saringan kesihatan dan saringan kanser payudara secara percuma selain mendapat pendedahan mengenai kepentingan mengenali keputusan ujian darah.
Ini ekoran daripada usaha murni Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang diterjemahkan melalui penganjuran Program Kenali Keputusan Darah Anda dan Saringan Kesihatan serta Saringan Kanser Payudara.
Ikuti liputan portal berita laman sesawang Kampus Kesihatan USM
@MPRCKK2022
https://linktr.ee/USMKesihatan