USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Jun 2022 - 'Breast Cancer Awareness and Research Unit' (BestARi) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengorak langkah ke hadapan dalam menerokai teknologi terbaharu yang pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia melalui penggunaan mesin Braster Pro.
Menurut Ketua Unit BestARi Hospital USM, Profesor Madya Dr. Juhara Haron, mesin Braster Pro ialah peranti perubatan yang menyokong diagnosis awal kanser payudara.

Mesin Braster Pro yang mempunyai teknologi termografi sentuhan kristal cecair ini boleh menganalisis imej termografi payudara pesakit dan melalui teknologi kecerdasan buatan atau (AI), ianya dapat menunjukkan perubahan dan keabnormalan yang berpotensi berbahaya pada payudara melalui aplikasi mudah alih yang dapat memberi penilaian diagnosis pesakit dengan tepat dan cepat.
Baca selanjutnya di portal berita laman sesawang Kampus Kesihatan USM
Pusat Media & Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan USM
https://linktr.ee/USMKampusKesihatan