Tahniah kepada Ketua Unit BestARi Hospital USM, Profesor Madya Dr. Juhara Haron selaku Ketua Projek dan ahli-ahli projek di atas kejayaan mendapat geran tajaan BJIM, USM bagi Program Pemerkasaan Komuniti BAKAT, TUDM Gong Kedak, Terengganu dalam aspek pengesanan awal kanser payudara menggunakan kad selak mulai Ogos 2021 - Julai 2022 (12 bulan).
Mengadakan kolaborasi profesional dengan BAKAT, TUDM Gong Kedak, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).