Di antara pemeriksaan pengimejan payudara ialah mamogram, ultrasound dan MRI (magnetic resonance imaging). Pemeriksaan tersebut dijalankan di Jabatan Radiologi. Maklumat lanjut mengenai mamogram boleh didapati di kolum soalan lazim/ FAQ.
Selain dari pemeriksaan pengimejan payudara, Jabatan Radiologi juga melakukan prosedur biopsi tisu dengan menggunakan ultrasound (ultrasound-guided biopsy), mamografi (stereotactic biopsy) dan MRI (MRI-guided biopsy). Jabatan Radiologi Hospital USM mempunyai peralatan terkini pengimejan payudara seperti mamografi 3D tomosynthesis dan prone table stereotactic biopsy.
Dengan adanya teknologi canggih ini, kami berharap agar pengesanan kanser payudara akan dapat dilakukan dengan lebih efisien ketika kanser berada di tahap yang paling rendah.