Klinik Payudara ini adalah eksklusif kepada pesakit yang mempunyai masalah berkaitan payudara. Perkhidmatan kami dibahagikan kepada dua iaitu Klinik Rawatan dan Klinik Saringan.
Di Klinik Rawatan, pesakit akan berjumpa doktor bagi mengetahui keputusan biopsi, pemeriksaan mamografi, ultrasound atau MRI. Disamping itu, pesakit juga akan berbincang dengan Pakar Bedah mengenai pilihan rawatan mereka.
Bagi Klinik Saringan pula, pesakit boleh membuat temujanji melalui telefon atau datang terus (walk-in) ke tempat kami. Di klinik, pesakit akan diperiksa oleh pengawai perubatan bertugas. Setelah pemeriksaan, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mamografi atau ultrasound sekiranya perlu. Pesakit boleh memilih untuk menjalani pemeriksaan tersebut pada hari yang sama atau mendapatkan temujanji pada hari lain.