USM KUBANG KERIAN, 30 Oktober 2018 – Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Breast Cancer Awareness and Research Team (Bestari), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan di Dewan Utama Kampus Kesihatan USM mendapat sambutan yang menggalakkan. Program yang mendapat kerjasama dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dihadiri oleh 600 peserta daripada pelbagai agensi awam dan swasta serta usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang bernaung di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kelantan.

Menurut Penyelaras Bestari Hospital USM, Dr Juhara Haron, kempen sehari itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahaya kanser payu dara kepada semua golongan terutama wanita.

"Bestari memberi tumpuan dan tunjuk ajar yang lebih kepada peserta wanita yang mendaftar sebagai peserta AIM iaitu bagaimana untuk membuat pemeriksaan payudara sendiri bagi meningkatkan kesedaran bahawa kanser payudara tidak mengenal usia samada tua ataupun muda.

“Justeru itu, rawatan dan pencegahan awal melalui pemeriksaan sendiri adalah penting dan perlu diingatkan kepada golongan lelaki bahawa mereka juga berisiko mendapat kanser payudara walaupun bilangannya sedikit berbanding golongan wanita”, katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

Tambah Juhara, kempen ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh Bestari bagi tahun 2018.

"Antara pengisian program ini adalah Forum Kesedaran Kanser Payudara oleh tiga pakar bedah payudara iaitu Dr Hasanah Che Ismail, Dr Wan Zainira Wan Zain dan Dr Hafidzah Mustakim, selain bengkel Pemakanan Sihat dan taklimat keusahawanan.

"Turut diadakan saringan kesihatan percuma seperti pemeriksaan BMI dan tekanan darah, pendaftaran subsidi mamogram oleh LPPKN, pemeriksaan percuma klinikal payudara dan pameran kanser payudara," jelasnya lagi.

Contact Us

Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi)
Hospital Universiti Sains Malaysia
No. Tel : 09-767 4056
E-mail : breastcenter@usm.my
 
 
BestARi
Breast Cancer Awareness & Research Unit

Links

Quick Links

Medical Records Unit
Department of Pharmacy
Staff Directory System
Department of Safety Zone Hospital USM

 

Internal Links

Main Campus
Health Campus
Engineering Campus
Advanced Medical & Dental Institute

Government Links

Logo MoHE 131x100 Blacklogo soaring upwards and new arrow OUTLINEmsc logo 250x190imagesMQA

Related Links

AVONmakna2CANCER RESEARCHLPPKN

IMR Malaysia

NCSM

476778
  • Last Updated on 17 Oktober 2022, 08:18:41.