Skuad Prihatin Ubat Masyarakat

Logo

logo spum

Pengenalan

    Kurangnya kefahaman, maklumat dan kesedaran akan penggunaan ubat secara selamat dan rasional mendorong sesetengah masyarakat kita mengambil mudah tentang pengurusan ubat-ubatan bagi diri sendiri mahu pun dalam kalangan ahli keluarga mereka. Akibatnya ubat yang digunakan mungkin berlebihan, berkurangan atau disalahgunakan dan tidak memberi kesan seperti yang diharapkan.

 

    Menyedari hakikat ini, Jabatan Farmasi, Hospital USM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Skuad Prihatin Ubat Masyarakat. Skuad ini mula bergerak dalam masyarakat melalui program-program kemasyarakatan di sekolah, agensi kerajaan dan tempat-tempat awam dengan menawarkan perkhidmatan secara percuma bagi meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap penggunaan ubat-ubatan secara berkesan.

 

Keanggotaan

    Skuad Prihatin Ubat Masyarakat merupakan penjenamaan semula Jawatankuasa Kempen Kesedaran Penggunaan Ubat - Ubatan, Jabatan Farmasi pada tahun 2013. Skuad ini dianggotai oleh pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi dan kakitangan sokongan yang lain. Skuad ini dinaungi oleh Ketua Pegawai Farmasi Hospital USM.
 

Peranan Skuad

1. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan ubat yang rasional.
2. Menyebar maklumat tentang pengunaan ubat yang betul dalam kalangan pengguna.
3. Memberi pendedahan tentang profesion farmasi kepada pelajar-pelajar sekolah.
 

Aktiviti yang ditawarkan

1. Ceramah ubat-ubatan
2. Ceramah kerjaya farmasi
3. Kaunseling penggunaan ubat-ubatan
4. Pameran ubat-ubatan
5. Penyediaan dan penyebaran risalah ubat-ubatan
6. ‘Home Medication Review’ (HMR)
7. Aktiviti- aktiviti menarik yang lain turut disediakan, seperti teka silangkata, kuiz dan lain-lain.

Laman Facebook(FB)

Screen Shot 09 14 22 at 11.26 AM
 
Dijemput melayari dan follow laman rasmi FB kami. Ikuti perkongsian terkini mengenai penggunaan ubat-ubatan melalui URL dibawah.
 

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi:
1.  Cik Nor Suriana Mohd Yusof
 09-7673395
 
2. Puan Mira Hairani Mohd Zaki
09-7673416

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai ubatan?

Hubungi kami:

Unit Farmasi Pesakit Luar

09 767 3393/3395/3396

Unit Farmasi Klinikal dan Maklumat Drug

09 767 3384/3386